SM Saint Paul Student's Online Center An Ex-students and Current Students' online community made by students for students.
Latest topics
Forum Guide Link
Matriculation!!
Wed Apr 16, 2008 11:41 am by QAyum
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memohon program matrikulasi Kementerian Pelajaran bagi sesi 2008/2009 boleh mengetahui keputusan itu mulai 16 April ini.
Tarikh pendaftaran bagi penuntut baru matrikulasi ialah pada 12 Mei manakala surat tawaran dan maklumat lanjut mengenai pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh kolej matrikulasi atau kolej Mara yang berkenaan.
Terdapat tiga cara keputusan permohonan masuk ke matrikulasi ini boleh disemak;
1. Membuat semakan menerusi laman web Kementerian Pelajaran dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan.
2. Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) ke nombor 33778, mereka perlu menaip perkataan MAT (jarak) nombor kad pengenalan.
3. Menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4100 bermula 16 April ini mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang.
Sementara itu, bagi proses rayuan untuk pelajar yang layak tetapi gagal mendapat tempat, mereka boleh melampirkan salinan keputusan SPM yang disahkan dan dihantar ke Bahagian Matrikulasi, Aras 6, Blok E15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, tidak lewat daripada 30 April 2008.